Kamis, 11 Desember 2008

FenOmeNa BloG

Weblog, atau blog, bukanlah satu fenomena yang asing lagi kepada masyarakat hari ini terutamanya golongan muda. Dahulu, blog hanyalah sebagai satu alat untuk ekspresi diri tentang kehidupan seharian si penulis, dalam kata lain diari peribadi. Tidak terkecuali para mahasiswa walaupun kebanyakan mereka berhenti setelah beberapa ketika. Seperti kata saudara saya, “I got bored after a while

Kemudian timbul pula blogger yang menggunakan blog mereka untuk mengutarakan pandangan mereka, baik tentang ekonomi, politik atau masalah-masalah negara yang lain. Sama ada sebab mereka menulis dalam blog dan bukan menerusi saluran-saluran konvensional seperti buku, jurnal atau artikel di suratkhabar adalah kerana mereka tidaklah sehebat yang mereka sangka (me included) sehingga tiada pihak yang sanggup menerbitkan hasil tulisan mereka, ataupun kerana pandangan mereka bertentangan dengan norma-norma masyarakat. Itu semua tidak menjadi persoalan. Kita sedang menghadapi ancaman yang lebih bahaya.

Yang menjadi persoalan di sini adalah sejauh manakah blogger mengambil tanggungjawab dengan tulisan mereka? Saya tidak mempersoalkan tindakan mereka yang merahsiakan sumber-sumber mereka ataupun mereka yang menulis di bawah nama samaran. Yang saya emo di sini adalah mereka yang menimbulkan fitnah terhadap orang lain ataupun meniru (plagiarise) artikel-artikel hebat penulis lain dan meletakkan artikel tersebut dalam blog peribadi mereka, and then claimed theirs.

Kira-kira sebulan yang lalu, saya mendapat tahu ada seorang ‘mamat’ yang mengambil masukan-masukan blog saya dan diletak di dalam blognye di MySpace. Kepada mereka yang mengenali saya, saya tidak ada akaun MySpace, Facebook ataupun Friendster. Tetapi semata-mata untuk meletakkan komen saya di blognya (if I may call it that since they’re not his articles anyway), saya pun membuka akaun MySpace. Sekarang, artikel-artikel saya sudah dipadam oleh mamat tersebut.

Blogger terkenal Amir Hafizi yang menulis dalam blognya The Malay Male juga telah ditiru oleh seorang mamat yang tidak bertanggungjawab. (read his postings here, here, here, here, here, and here)

Tidak lama dahulu, dua blogger terkenal, Ahirudin Attan dan Jeff Ooi, disaman oleh NSTP atas dakwaan fitnah. Raja Petra Kamarudin juga kerap kali dituduh menimbulkan fitnah terutamanya oleh mereka, yang dipanggil Raja Petra, sits on the corridors of power. Sama ada blogger-blogger ini bersalah atau hanyalah kospirasi mereka di koridor kuasa, hanyalah dapat dibuktikan jika ada bukti yang kukuh.

Situasi ini tidak lain hanya membuka mata kita semua, menyedarkan kita bahawa blog boleh, dan saya percaya akan atau telah, disalahguna oleh sesetangah pihak untuk menjatuhkan orang lain dan mengaut keuntungan atas kejatuhan musuh mereka. Ataupun, mereka hanya mahu melihat orang lain sengsara, dapat high orang kata, melebihi high heroin atau space cake.

Tidak ada komentar: